
|
|
Waktu Operasi |
Masa |
Isnin-Khamis |
9.00 Pagi - 5.30 Petang |
Jumaat |
9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
2.45 Petang - 5.30 Petang
|
PERATURAN PERPUSTAKAAN
Tujuan utama peraturan- peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna dan untuk membolehkan Perpustakaan menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.
Pihak Perpustakaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan Perpustakaan.
PERATURAN AM
- Hanya pengguna yang berdaftar ataupun diluluskan oleh Pustakawan dibenarkan menggunakan perkhidmatan perpustakaan.
- Pengguna hendaklah mempamerkan kad pelajar/kad kakitangan/kad pelawat setiap kali masuk dan menggunakan perkhidmatan Perpustakaan.
- Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sopan ketika berada di perpustakaan.
- Mengaktifkan telefon bimbit kepada mod getar/ senyap. Dilarang menggunakan telefon bimbit didalam Perpustakaan.
- Menggunakan bahan dan alat perabot perpustakaan dengan baik dan cermat.
- Membuat bising, makan, minum,merokok tidur atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran adalah dilarang di dalam Perpustakaan.
- Tempat duduk perpustakaan terbuka kepada semua pengguna dan tidak dibenarkan menempah tempat duduk.
- Buku dan alat-alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi dan meja dalam jangka waktu yang lama (melebihi 30 minit) akan diambil oleh pegawai perpustakaan.
- Beg, payung, bungkusan dan sebagainya tidak boleh dibawa masuk kedalam Perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut disediakan di pintu masuk. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda atau barang-barang persendirian.
- Loceng isyarat akan dibunyikan 15 minit sebelum waktu perkhidmatan perpustakaan berakhir dan loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali. Pengguna mesti meninggalkan perpustakaan dengan segera.
|
|